...

Sunday 15 April 2018

YAYASAN ISLAM KELANTAN

YAYASAN ISLAM KELANTAN


LOGO YAYASAN ISLAM KELANTAN


Yayasan Islam Kelantan (YIK) merupakan sebuah agensi agama kerajaan negeri Kelantan yang diamanahkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan Islam dan pengajian bahasa Arab dalam kalangan penduduk negeri ini.


VISI
Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab Menjelang 2015

 MISI
Melahirkan muslim yang beriman, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, beramal soleh
dan layak berkhidmat untuk membangun keluarga, masyarakat, negara dan ummah

MOTO
Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab Gemilang

FALSAFAH YIK
Pendidikan Islam sebagai yang diterangkan pengertiannya dalam istilah-istilah ta'dib, irsyad dan tadris adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu muslim sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya di bumi secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, aqliah, emosi, aqidah dan jasmani berdasarkan kepada ajaran Islam.


MATLAMAT YIK

Matlamat Pendidikan Yayasan Islam Kelantan ialah melahirkan muslim yang beriman, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, beramal soleh dan layak berkhidmat untuk membangun keluarga, masyarakat, negara dan ummah.





sumber: https://www.yik.edu.my/v3/index.php/my/ 

No comments:

Post a Comment