...

Sunday 15 April 2018

SEJARAH PENUBUHAN

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH 




Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al-Syukuriah mula diasaskan pada tahun 1961 oleh Tuan Guru Haji Daud bin Rauf. Tuan Guru merupakan seorang guru agama yang memberi pendidikan dirumahnya sendiri sebelum membina sebuah pondok. Pondok yang terletak lebih kurang 100 meter dari bangunan sekolah sekarang beroperasi selama setahun sebagai pusat pendidikan. Pada tahun 1962, penduduk kampung mewakafkan tanah dan bergotong-royong membina sebuah bangunan baru ditempat sekolah sekarang dijalankan. Kemudian sekolah ini didaftarkan dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Sekolah ini terletak di dalam Daerah Rantau Panjang Jajahan Pasir Mas. Kedudukan sekolah adalah berhampiran dengan sempadan Malaysia-Thailand yang hanya dipisahkan oleh Sungai Golok lebih kurang 10 meter dengan Thailand. Pada peringkat awal sistem darjah dan kelas digunakan dan pembelajaraan dibuat pada waktu petang. Pada tahun 1972 pembelajaraan telah diubah kepada 2 sistem iaitu sistem darjah dan sistem tingkatan. Pada tahun 1974 sekolah ini diambil alih oleh kerajaan negeri Kelantan dan sebuah bangunan baru telah di bina hasil bantuan modal Kementerian Pelajaran. Pada tahun berikutnya, bangunan 2 tingkat telah di bina juga hasil daripada Bantuan Modal Kementerian Pelajaran. Waktu persekolahan juga telah ditukar dari waktu petang kepada waktu pagi. Pada tahun 1985 Sijil Rendah Pelajaran (SRP) diperkenalkan kepada pelajar-pelajar sekolah ini atau dikenali sebagai Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) sebelum ditukar kepada Pentaksiran tingkatan tiga (PT3). Pengetua sekarang ialah Mohd Baderi bin Mat Zain dan Abdull Latif bin Abdullah sebagai Penolong kanan. Jumlah guru seramai 7 orang dan murid seramai 80 orang pelajar. 

No comments:

Post a Comment